Pernah tak anda main tahan-tahan nafas di dalam air? Agak-agak anda boleh tahan nafas berapa lama?
Jangan teruja sangat jika anda mampu bertahan nafas lama di dalam air kerana ianya mampu mengundang kecelakaan pada bila-bila masa sahaja.Melakukan penahanan nafas di dalam air tanpa teknik yang betul boleh membawa maut tanpa sebarang tanda.Ianya juga boleh diketogari sebagai pembunuh senyap di dalam air atau dalam bahasa inggeris dipanggil "Shallow water blackout"
Bagi saya,perkara ini perlu diberikan perhatian oleh semua orang terutama akademi-akademi renang, freediver dan juga pasukan penyelamat kelemasan.
Cerita pengalaman
Saya juga pernah berpengalaman menyelamatkan seorang mangsa "shallow water blackout" sewaktu saya bertugas sebagai penyelamat kelemasan.Mangsa tiba-tiba pengsan kerana bermain tahan nafas bersama kawan-kawannya.Alhamdulillah mangsa dapat diselamatkan dengan kaedah CPR.Ada juga berlaku di tempat lain yang menyebabkan kematian.Punca adalah kerana melakukan aktiviti tahan nafas terlalu lama.
Apa itu Shallow water blackout?
"Shallow water blackout" itu terjadi apabila seseorang itu menjadi lemah atau pengsan di dalam air kerana oksigen tidak dapat sampai ke otak akibat menahan nafas terlalu lama dan juga boleh memberi tekanan berlebihan pada paru-paru yang boleh menyebabkannya pecah.Tanpa penyelamatan yang segera ianya mungkin boleh menyebabkan kerosakan pada saraf otak dan paru-paru seterusnya boleh membawa maut.
Walaupun anda seorang yang aktif di dalam sukan berenang , terutama bagi perenang pertandingan,penyelamat kelemasan juga penyelam bebas anda juga tidak terkecuali terkena "Shallow water blackout"
Tahukah anda bahawa shallow water blackout boleh berlaku secara tiba-tiba sahaja tanpa sebarang amaran atau tanda-tanda, tidak seperti kelemasan biasa yang selalunya kita boleh nampak reaksi seseorang itu akan lemas,malah kita juga ada masa untuk menyelamatkannya.
Sementara itu,SWB boleh berlaku di kawasan yang berair seperti kolam renang,tasik,lombong,sungai,laut malah bilik air juga.Tanpa mengira kedalaman air, tragedi ini tetap juga boleh berlaku.Begitu juga kawasan yang ada disediakan "lifeguard" yang sedang bertugas,risiko untuk berlakunya SWB tetap ada kerana agak sukar mengesannya dari atas air.
Kita dapati,berlakunya perkara sedemikian akibat sikap tak mengambil tak kisah,kurangnya pendidikan,kesedaran dan juga kurangnya pemahaman tentang bahayanya menahan nafas terlalu lama di dalam air.Lebih malang lagi mereka ini tidak diajar langsung tentang keselamatan semasa menahan nafas dengan betul.
Terdapat cara-cara nak mengatasi berlakunya SWB.
- Belajarlah dengan pakar
Bagi anda yang baru nak berjinak-jinak dalam sukan air, terutama yang baru nak belajar berenang dan juga yang baru nak buat freediving , disarankan belajarlah teknik menahan pernafasan dengan betul supaya tak terjadi perkara yang tidak diingini sewaktu latihan dijalankan.Tidak dinafikan bahawa tenik menahan nafas di dalam air merupakan salah satu silibus yang perlu ada semasa anda belajar berenang.Sebab itu perlu anda ambil tahu dan berikan 100% perhatian dalam perkara ini.
2. Tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman
Akademi-akademi yang menjalankan servis yang berkaitan dengan air wajiblah menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakkan dan juga berpengalaman.Teknik penahan nafas perlu dilakukan dengan betul dan teratur kerana salah silap boleh membawa kecelakaan yang mungkin boleh meragut nyawa.Para tenaga pengajar perlulah memberikan penerangan serta langah-langkah yang betul ketika melakukannya.
3. Jangan lakukan aktiviti tahan nafas terlalu lama di dalam air.
Orang yang menahan nafas terlalu lama di dalam air, berisiko untuk lemas akibat kekurangan oksigen.Perkara-perkara sebegini bolehlah dielakkan dengan tidak kerap melakukan latihan menahan nafas di dalam air setiap sessi berenang.Selalu kita lihat, anggota-anggota penyelamat kelemasan dan juga freediving kerap melakukan aktiviti-aktiviti menahan nafas yang agak lama di dalam air.Perkara ini dilakukan tanpa menggunakan peralatan.Jika boleh elakkanlah daripada melakukannya dan juga tidak melakukannya dengan kerap.
Orang yang menahan nafas terlalu lama di dalam air, berisiko untuk lemas akibat kekurangan oksigen.Perkara-perkara sebegini bolehlah dielakkan dengan tidak kerap melakukan latihan menahan nafas di dalam air setiap sessi berenang.Selalu kita lihat, anggota-anggota penyelamat kelemasan dan juga freediving kerap melakukan aktiviti-aktiviti menahan nafas yang agak lama di dalam air.Perkara ini dilakukan tanpa menggunakan peralatan.Jika boleh elakkanlah daripada melakukannya dan juga tidak melakukannya dengan kerap.
Untuk keselamatan ,tidak kiralah jika anda seorang ahli berenang ,ahli freediving dan juga ahli penyelamat kelemasan yang berpengalaman dan juga terlatih,elakkan berenang berseorangan ya.Bayangkan jika berlaku perkara-perkara yang tak diingini seperti anda pengsan sewaktu melakukan aktiviti,sedangkan anda berseorangan.Apa akan jadi pada anda? siapa yang akan menyelamatkan anda? susah bukan? Dalam peraturan-peraturan keselamatan airkan juga ada tertulis "NEVER SWIM ALONE"?
Pasti ada ramai yang tak setuju tajuk di ataskan.Untuk keselamatan cuba elakkan melakukan aktiviti ini.Bukannya apa,jika berlaku amat serius akibat dan panjang ceritanya.
6. Shallow water blackout sukar dikesan ketika dari air atas
Bukan nak menakut-nakutkan anda ,tapi memang benar SWB amat sukar dikesan dari atas air,kerana ianya pernah terjadi pada saya.Tiada tanda-tanda yang menunjukkan jika seseorang itu menghadapi masalah SWB secara tiba-tiba saja ianya boleh berlaku ,bukan seperti kelemasan biasa.Jadi berwaspadalah.
7. Hyperventilasi
Hyperventilasi bermaksud bernafas dengan lebih laju dan / atau lebih dalam daripada biasa ketika berada dalam keadaan rehat. Keadaan ini mengakibatkan terlalu banyak karbon dioksida di hembuskan keluar.Hasilnya, tahap karbon dioksida di dalam darah dan tisu otak menurun.
Hyperventilasi selalunya disebabkan oleh perasaan kebimbangan yang keterlaluan, serangan panik atau kepenatan yang melampau.Jika anda dapati terdapat tanda-tanda sedemikian sila berikan perhatian pada si mangsa dan buatlah rawatan.
8. Jangan bermain permainan tahan nafas.
Jika anda sedang melakukan permainan air,elakkan melakukan permainan tahan nafas seperti "siapa tahan nafas paling lama" ini amat bahaya sebenarnya.Perlu diingatkan sekali lagi menahan nafas yang lama boleh mengakibatkan seseorang itu akan menjadi lemah atau pengsan kerana oksigen tidak sampai pada otak.Bukan itu sahaja,ianya boleh memberikan tekanan yang maksimum pada paru-paru yang lama-kelamaan paru-paru boleh menjadi lemah dan pecah.
Anda boleh lihat sendiri betapa bahayanya jika terjadinya "Shallow Water Blackout" di mana ianya bukan sahaja sukar dikesan malah juga boleh menyebabkan kematian secara senyap. Muga bermanfaat dan jumpa lagi.
Comments
Post a Comment