Assalamualaikum wbt.
Gaya bebas atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai ‘freestyle”.Di antara jenis-jenis renangan , gaya bebas merupakan renangan paling laju kerana 80% kuasa pergerakkan datangnya dari tangan.Tangan yang bertindak sebagai pendayung dan sentiasa bergerak seperti pusingan kipas.Keadaan posisi kepala yang berada di dalam air dan mengiring kesisi ketika melakukan pernafasan serta di bantu oleh tendengan kaki yang bertindak sebagai pengimbang pergerakkan badan.Namun begitu tidak semua orang boleh berenang gaya bebas dengan baik kerana terdapat beberapa kelemahan-kelemahan terutama di bahagian tangan.Berikut 4 fasa penggunaan tangan ketika berenang gaya bebas.jom belajar!
1-Masuk (Entry)
Suka saya ingatkan sekali lagi ,bahawa 80% pergerakkan gaya bebas datangnya dari penggunaan tangan.Oleh yang demikian,pengunaan teknik tangan yang betul membolehkan anda berenang dengan lebih lancar dan teratur.
Cuba anda rasa sendiri cara anda berenang ,bagaimana anda masukkan tangan anda ke dalam air.Adakah anda berenang dengan memasukkan siku anda dahulu atau lengan anda dahulu?Jika anda ada melakukan perkara di atas , saya syorkan anda ubah cara anda memasukan .Saya berkata demikian kerana cara sebenar memasukkan tangan ketika berenang gaya bebas adalah , dengan mula memasukkan jari anda terlebih dahulu ,diikuti dengan lengan seterusnya siku.Namun begitu ada juga yang memasukkan ibu jari (thumb in first) ketika berenang , tiada kesalahan di situ , kerana objektifnya tetap sama.
Buatlah beberapa latihan dengan kawan-kawan atau guru-guru renang yang berkelayakkan sehingga anda benar-benar faham dan mahir.Kesannya,teknik renangan gaya bebas anda nampak lebih berkualiti dari sebelumnya.
2- Tangkap (Catch)
Jadi selesai fasa pertama beralihlah ke fasa yang ke dua iaitu tangkap(catch).Proses ini berlaku setelah tangan anda masuk ke dalam air.
Setelah itu anda perlu meluruskan dahulu (reach out) kemudian gunakan tapak tangan serta lengan anda untuk menangkap air.Hal ini bertujuan untuk menambah momentum pergerakkan sebelum fasa seterusnya.Sebagai contoh , anda sendiri boleh lakukan latihan dengan meluruskan tangan serta menolak kehadapan seberapa jauh yang boleh, serta anda boleh gunakan imiginasi anda dengan cuba mencapai sesuatu yang jauh di hadapan anda.Lakukan dengan cara seronok-seronok,jadi anda tidak akan rasa susah ketika melakukannya.
3-Tarik (Pull ) Dan Tolak (Push)
Agak susah bunyinya jika digunakan di dalam bahasa Malaysiakan? Tak pelah ,janji anda fahamkan.Untuk ke langkah seterusnya , kita ke fasa tarik dan tolak.Majoriti telah bersetuju bahawa, teknik tarik dan tolak ini amat penting sekali kerana , di sinilah bermula fasa pergerakkan (propulsive phase).
Tanpa melakukan teknik ini dengan betul renangan gaya bebas anda terlihat seperti tidak bergerak. Terdapat 2 fasa pergerakkan iaitu fasa pertama semasa melakukan tarik dan fasa kedua semasa melakukan tolakkan.
Bagi fasa pertama ,jadikan tangan sebagai pendayung untuk mengaut air sebanyak mungkin.Selepas itu, lakukan pergerakan bermula dari bawah badan dan bawa ia hingga ke tengah badan.Bagi fasa kedua ianya amat penting , kerana ianya merupakan masa untuk menambah kelajuan pergerakan yang paling maksimum.Ianya bermula dari tengah badan dengan tangan menolak kuat serta melepaskan pergerakkan sehingga tangan menyentuh ke sisi peha.Dengan melakukan demikian anda dapat melakukan pergerakkan yang maksimum.
4- Pemulihan (Recovery)
Bagi memastikan anda tak berasa penat ketika melakukan renangan gaya bebas , anda perlu tahu bila masanya anda perlukan masa untuk pemulihan.Untuk bagi anda senang faham maksud pemulihan itu seperti proses merehatkan tangan.
Pemulihan berlaku pada fasa yang ke empat , di mana anda mengangkat tangan anda keluar dari air dan masuk semula ke dalam air. Bagi yang masih baru, agak sukar bagi anda untuk melakukan perkara pemulihan dengan baik.Saya dulu macam anda juga ,tak tahu cara yang betul untuk melakukan teknik pemulihan ini.
Jadi apa yang boleh saya cadangkan,belajarlah dengan cara senang dahulu seperti banyakkan latihan mengangkat tangan dengan cara lurus dan lembut serta fahamkan betul-betul maksud pemulihan itu.Bila sudah faham dan mahir sudah pastinya senang bagi anda hendak melakukannya.
Akhir kata , terdapat 4 fasa penggunaan tangan ketika berenang gaya bebas iait:
1-Masuk (Entry)
2-Tangkap (Catch)
3-Tarik (Pull dan Tolak (Push)
4-Pemulihan (Recovery)
Usahalah dengan perbanyakkan latihan untuk mendapatkan teknik yang terbaik dan juga menjadikan diri anda lebih sihat.Jumpa lagi.
Comments
Post a Comment