9 Cara Aku Buat Diet Eat Clean

“Baik kau jaga elok-elok. Aku dah lalui. Takkan kau nak rasa apa yang aku rasa?”Kawan aku ni nasihat aku supaya jaga kesihatan dan jaga badan jangan sampai jadi macam dia yang terlantar atas katil hospital.

Dia berat lebih 120kg tapi nak kurus punya pasal,dia diet dan makan produk kurus dengan cara yang salah.Dia jadi sesak nafas dan pitam selepas 2 minggu.Siapa yang tak
mahu kurus? Mesti ramai yang nak tapi banyak yang salah cara.

Apa yang aku buat selama sebulan sehingga turun 5kg berat badan aku?

Pertama sekali aku potong makanan yang biasa aku makan. Aku hanya makan nasi 2 kali sehari.Dengar macam mustahil kan. Aku amalkan diet eat clean dan kawal kalori, berat turun 5kg.. 

Kat sini aku share sikit 9 cara aku buat diet eat clean.

1.Sarapan itu wajib

Jangan tak ambil sarapan pagi! Pilih sarapan, banyakkan fokus kat karbohidrat kerana ianya boleh membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan.

Aku minum air putih segelas, sarapan 2 biji telor rebus dan sekeping roti wholemeal gardenia purple untuk lebih kenyang sampai lunch. Kalau lapar sebelum lunch, boleh makan sebiji epal hijau.

2-Protein

Time lunch,fokus kat makanan yang ada protein.Ambil le segengam nasi atau satu senduk, lauk berprotein dan lebihkan sayuran.Nasi boleh makan beras putih kalau boleh beras siam atau beras basmathi atau beras perang. 

Ikut mana korang selesa. Jangan beras putih murah tempatan tu. Karbohidrat dan gula tinggi.Bila nak makan ayam,aku cari bahagian dada ayam dan ikan yang tak digoreng. Cara masak, rebus, bakar dan grill bukan goreng.

3-Kalori rendah

Sayur pulak aku pilih yang rendah kalori dan selalunya aku makan timun, broccoli dan bayam.Broccoli dan bayam tu aku rebus atau stim je.

4-Makan malam awal


Makan malam kalau boleh sebelum jam 7 petang. Pandai-pandai la set alarm dekat handphone.Boleh ulang set hidangan lunch tadi. Kalau lapar sebelum 7 petang boleh makan buah.

5-Makan buah-buahan terbaik

Buah-buahan yang terbaik untuk diet ni boleh ambil tembikai, nenas, epal hijau dan jambu batu.Jangan letak serbuk asam pula. Ada gula dalam tu.

6-Makanan sebelum tidur

Sebelum tidur biasanya aku makan sepotong atau sebiji buahan-buahan.

7-Minuman

Aku latih diri untuk minum air kosong yang dah dicampur dengan stevia 2 liter setiap hari dan aku amalkan minum Green Tea Diet dua kali sehari.Pagi dan malam.

8-Latihan fizikal

Setiap hari Sabtu dan Ahad waktu pagi aku berenang selama 60 minit.

9-No manis lagi

Ha! yang ini kena elakkan,air manis, coklat, aiskrim, makanan bertepung berminyak, fast food dan kerepek.Aku jenis yang tak boleh tak manis,sebab tu aku ada stanby stevia (zero kalori) kat dalam poket aku ni.

Macam tu lah, aku konsisten selama 7 hari berat badan turun sampai 1.5kg/ seminggu.Korang kena sediakan jadual pemakanan dan tampal dekat dinding atau buat saja dalam handphone.

Kalau boleh buat atau bawa bekalan makanan tu sendiri ke tempat belajar atau kerja.Diet ni bermaksud makan makanan yang sihat, bukan tak makan langsung. Nak turun berat badan kene jaga permakanan.

Selain tu aku bersenam,berenang untuk bagi lagi effektif.

Kalau nak belajar berenang, boleh tanya kat sini: http://nak.la/infobelajarrenang

Nanti dia orang akan kasi info mengenai kelas renang.
*Kesan ini mungkin berbeza antara individu.

Muga bermanfaat & jumpa lagi!

Comments