Korang tau apa itu fins? Ala macam tapak kaki itik tu.Fins atau sirip merupakan salah satu peralatan berenang yang digunakan hanya di kaki.Pengalaman saya berenang menggunakan fins memang seronok kerana ianya boleh menambah kelajuan saya ketika latihan berenang.Fins ada yang diperbuat daripada getah, plastik dan juga silikon.Kebiasaanya fins digunakan oleh penyelam skuba dan juga perenang.Fins juga ada pelbagai jenis seperti "long fins","short fins" dan "monofin". Berikut adalah kebaikkan menggunakan fins semasa berenang.
1-BEGERAK LEBIH LAJU
Fins membantu pemakainya bergerak melalui air dengan lebih laju dan cekap, kerana kaki manusia terlalu kecil untuk memberi banyak daya, terutamanya apabila pemakai membawa peralatan.
Fins panjang lebih laju jika dibandingkan dengan fins pendek dan ianya tidak memerlukan pergerakan kaki yang banyak serta menjimatkan peggunaan tenaga pada kaki.Fins pendek sangat baik untuk aktiviti pecutan.
2-MEMBETULKAN POSISI BADAN DAN TEKNIK TENDANGAN
Fins berfungsi membetulkan posisi badan dan juga teknik tendangan.Posisi badan akan jadi lebih seimbang di permukaan air yang menyebabkan kurangnya rintangan. Bagi mereka yang mempunyai tendangan yang kurang bagus, seperti kaki sentiasa bengkok,kaki tenggelam, kaki tinggi atau cepat terasa penat ketika melakukan tendangan,saya sarankan gunkanlah fins kerana ia dapat membantu memperbaiki teknik tendangan anda,tapi pastikan anda tahu menggunakannya.
3-MENINGKATKAN FLEKSIBILITI
Fins digunakan bagi membantu meningkatkan fleksibiliti buku lali.Perlu diingatkan pergerakkan kaki banyak digunakan semasa berenang,terutama dipergelangan kaki.Jika pergelangan kaki anda tidak mempunyai fleksibiliti yang baik gunakanlah fins, kerana ianya boleh memperbetulkan dan meningkatkan daya gerakan.
Jika anda yang menghadapi masalah seperti tendangan mengundur kebelakang, tak bergerak-gerak ketika melakukan tendangan dan macam-macam lagi masalah tendangan,ini adalah kerana teknik tendangan anda tidak beberapa betul akibatnya kaki tidak dapat menangkap air yang menyebabkan terjadinya masalah-masalah tadi.Untuk itu gunakanlah fins,kerana ianya menguatkan pergelangan kaki dan membetulkan teknik tendangan serta menambah fleksibiliti pergelangan kaki.
4-MENINGKATKAN KECERGASAN KARDIOVASKULAR
Ramai perenang lupa atau malas menggunakan kaki mereka semasa berenang.Tahukah anda bahawa, otot yang terbesar anda terletak di kaki? Dengan menggunakan fins otot besar di kaki anda bergerak secara bersistematik serta meningkatkan kecergasan kardiovaskular anda.membakar lebih banyak kalori dan meningkatkan tahap kecergasan.
Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kecergasan respiratori, kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasan terpenting. Asas kepada sebarang aktiviti fizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakit kardiovaskular. Contohnya seperti penyakit jantung, penyakit hipokinetik, penyakit lain dan kematian awal. Kardiovaskular cergas meningkatkan kebolehan melakukan sebarang tugas. Komponen dalam kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot.
Jadi,perenang jangan malas atau buat-buat lupa untuk menggunakan kaki,selain daripada untuk meningkatkan kecergasan kardiovaskular,ianya juga dapat meningkatkan kelajuan ketika berenang.
5- MENAMBAH KEKUATAN STAMINA
Berenang akan lebih cepat dengan menggunakan fins,kerana ianya menambah kekuatan tendangan pada kaki anda.Dalam masa yang sama fins juga boleh memberi peningkatan pada stamina ketika berenang.
Rintangan yang ada ketika berenang membantu dan membetuk otot-otot kaki menjadi semakin kuat ini ditambah pula dengan penggunaan fins semasa berenang.Inilah sebabnya mengapa fins adalah cara yang hebat untuk memperbaiki pelbagai komponen renang anda pada masa yang sama.
6- SERONOK
Apa yang anda rasa, sebelum ni anda berenang perlahan tiba-tiba jadi laju meluncur seperti ikan yu kerana menggunakan fins. Semestinnya seronok,siapa yang rasa tak seronok tak tahulah,mungkin dia tak minat berenang.
Buatlah apa-apa aktiviti dengan menggunakan fins janji jangan melanggar peraturan dan juga keselamatan perlu diutamakan.
Akhir kata dari saya,
Terdapat perbezaannya antara berenang menggunakan fins dan tanpa menggunakan fins.Bila anda berenang atau sedang berlatih berenang,berselang-selilah menggunakan fins kerana terdapat banyak kebaikkannya ketika berenang.Saya memang mewajibkan perenang saya menjadikan fins sebagai salah satu alatan berenang untuk memperkemaskan lagi teknik tendangan mereka .Sampai jumpa lagi.
P/s: Jika anda yang tinggal di sekitar Shah Alam, yang masih tercari-cari kelas renang untuk anda atau anak-anak anda boleh singgah ke website kami https://belajarberenangselamatkannyawa.weebly.com/ atau page fb kami https://web.facebook.com/cikgusrenang/

Comments
Post a Comment