10 Tip Keselamatan Untuk Elak Kecelakaan Ketika Ibu Bapa Melakukan Aktiviti Air Bersama Anak-Anak


Siapa yang tak suka main air? Jarang yang saya jumpa tak suka main air.Bukan saja kanak-kanak,orang dewasa pun suka main air.Tapi dalam keseronokkan main jangan lupa juga tentang keselamatan.Nanti dari gembira jadi duka.Di sini saya nak berkongsi 10 tip keselamatan untuk elak kecelakaan ketika ibu bapa melakukan aktiviti air bersama anak-anak.Ya lah,ajal maut itu ketentuan allah,tetapi dengan adanya tip-tip begini, dapatlah kita tambah-tambah ilmu serta juga dapat mengurangkan kadar tragedi lemas.


Untuk memastikan supaya tragedi yang tidak diingini berlaku,anda perlulah ada persediaan yang rapi kerana bahaya ada di mana-mana dan ianya boleh terjadi berdasarkan keadaan kawasan yang anda kunjungi,keadaan air dan juga tahap kemampuan serta aktiviti yang anda lakukan.


1.Berdoa


Ya berdoa lah! minta pada Allah swt muga semuanya dipermudahkan dan selamat.Siapalah kita ni yang hanya mampu merancang tapi kita tak boleh menentukan sesuatu.Tapi dengan berdoa in sha allah ianya mampu merubah sesuatu.Jadi jangan lupa berdoa ya.


2.Pantau keadaan sekeliling


Sebagai informasi,tak kira di mana nak lakukan aktiviti contoh di laut,sungai,kolam renang,tasik,air terjun atau empangan,perkara utama yang anda perlu lakukan sebelum melakukan aktiviti air bersama keluarga dengan melakukan pemerhatian keadaan sekeliling terlebih dahulu sebagi persediaan keselamatan.Ibu bapa sila perhatikan sekeliling sama ada tempat yang anda nak mandi tu di kawasan selamat atau tidak.


Elakkan melakukan aktiviti di bawah pokok kerana banyak perkara boleh berlaku bila berada di bawah pokok contoh ; seperti pokok tumbang,ranting-ranting kayu reput jatuh dan haiwan-haiwan yang berbisa yang berada di atas pokok juga boleh jatuh ke atas anda.Tengok juga rupa bentuk kawasan tempat anda nak lakukan aktiviti tu,adakah kawasan itu berbatu-batu,licin ,tajam.Jadi cuba perhatikan dahulu,demi keselamatan bersama.Selain itu juga anda perlu tahu di mana kawasan dalam dan kawasan cetek.Sudah semestinya jika melakukan aktiviti air di kawasan dalam lebih terdedah dari bahaya berbanding kawasan cetek.


3.Elakkan berenang berseorangan


Banyak tragedi lemas dapat dielakkan jika anda tidak berenang berseorangan.Ini adalah salah satu undang-undang keselamatan yang patut anda tahu dan patuhi.Temanilah anak-anak anda jika melakukan aktiviti.ini bertujuan jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kekejangan otot ketika berenang,sesak nafas dan sebagainya,tindakkan menyelamat dapat dilakukan.Setidak-tidaknya lakukanlah aktiviti air di kawasan yang mempunyai ramai orang demi keselamatan.

4.Menggunakan alat bantuan pengapungan

Menggunakan peralatan pengapungan seperti jaket keselamatan,arms float atau ring buoy boleh digunakkan untuk keselamatan.Bagi yang tak tahu berenang perlulah memakai peralatan ini.Perlatan itu juga perlu diuji sebelum dan selepas digunakan supaya sentiasa berkeadaan elok semasa digunakan.Ada satu kes di mana seseorang mati lemas semasa menggunakan jaket keselamatan kerana jaket keselamatan yang digunakan tidak boleh terapaung apabila digunakan.Apabila disiasat didapati,syarikat yang mengendalikannya gagal mengadakan rutin pemerikasaan keselamatan peralatan.Pantau anak-anak ketika menggunakan alat bantuan ini.

5.Tahu berenang


Jika anda dan keluarga memang suka melakukan aktiviti luar seperti berkhemah,berkelah atau sebagainya anda sepatutnya tahu berenang.Jika belum tahu berenang pergi belajar dan jika dah tahu baguslah.Alah, bukan nak berenang macam gaya renang pertandingan,cukuplah berenang riadah,orang panggil berenang kampung.Janji boleh terapung dan selamatkan diri bila berlaku tragedi.

6.Tahu Kemampuan diri 


Bila dah tahu diri tu tak tahu berenang,jangan ambil risiko berenang di tempat dalam,lakukan aktiviti di tempat cetek dan selamat.Jika anak-anak anda tak tahu atau takut berenang,inilah masanya untuk anda mengajar mereka,tapi di kawasan selamat ya.Muga suatu hari anak-anak anda pandai berenang.


7.Kawasan selamat


Lakukanlah aktiviti air bersama anak-anak di kawasan yang selamat.Tak semua kawasan aktiviti air seperti sungai dan air terjun itu selamat.Ramai yang abaikan tentang keselamatan ketika sedang beriadah.Perlu diingat tekanan dan arus pada sesuatu tempat itu berbeza.Ada sesetengah tempat itu permukaan air tenang tapi arus di dasarnya kuat.Jadi berhati-hatilah ya.Pantau dulu sebelum buat aktiviti.


8.Berhati-hati ketika menyelam


Bila menyelam ke dalam air pastikan anda tahu nak lakukannya.Menyelam dengan cara yang salah boleh mengundang kecelakaan.Keadaan air yang tidak nampak "unknown condition" amat bahaya untuk menyelam kerana anda boleh terhantuk pada objet seperti batu,kayu,besi dan sebagainya yang boleh mendatangkan kecederaan atau maut.Jadi berhati-hatilah ketika menyelam.


9.Elakkan terjun ke dalam air


Ramai yang saya lihat bila dah terlalu seronok main air lupa pasal keselamatan diri sendiri terutama melakukan aksi terjunan bahaya.Buat terjun tiruklah,terbang ke sana ke sini,tunggang terbalik dan macam-macam cara lagilah.Sebenarnya itu bukan terjunan yang betul,salah silap boleh cedera atau lumpuh.Lagi satu boleh pecah kepala tau bila tersalah buat,eeeeeee ngeri!.Di kolam renang biasanya ada papan tanda yang melarang seseorang itu terjun suka-suka tanpa pengawasan pakar atau penyelamat kelemasan yang bertugas.Jadi awasi anak-anak anda ya.

10.Awasi kepala air



Tak ramai yang tahu apa itu kepala air.Tidak peka terhadap perubahan cuaca terutama ketika hujan lebat, mendedahkan pengunjung kepada risiko fenomena kepala air.Kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.


Aliran air ini boleh terjadi apabila berlaku hujan yang sangat lebat dan ianya berupaya membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.


Tanda-tanda akan berlakunya kepala air

  • Keadaan langit yang gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).

Itu saja 10 tip keselamatan untuk elak kecelakaan ketika ibu bapa melakukan aktiviti air bersama anak-anak.Buatlah persediaan supaya percutian anda sekeluarga menjadi suatu percuti yang seronok dan sukar dilupakan sampai bila-bila.Saya doakan agar semuanya dipermudahkan dan juga muga apa yang saya tuliskan ini, sedikit sebanyak memberi manfaat pada anda.Sekian jumpa lagi pada artikel akan datang.



P/s: Kalau nak belajar berenang boleh klik link ini.Nanti dia orang akan bagi info.


http://nak.la/infobelajarrenang








Comments