Siapa kata orang Malaysia susah nak bagi orang lain tempat duduk dalam bas atau LRT?



Setiap kali aku naik bas atau LRT, orang mesti bagi aku tempat untuk duduk.
Bersyukur sangat-sangat. Mungkin diorang dah duduk terlalu lama, bila tengok wanita macam aku ni berdiri, diorang bagi tempat untuk aku.

Satu hari tu aku baru sedar kenapa diorang bagi aku tempat duduk!
“Akak. Akak duduk lah. Saya berdiri pun tak apa,” kata seorang budak lelaki ni.
Aku pun, “Terima kasih ye bagi akak duduk.”

“Akak dah berapa bulan mengandung?” tanya budak lelaki tu tadi.
Aku terus rasa sentap! Patutlah orang bagi aku duduk. Orang ingat aku mengandung! Hampeh! Aku kahwin pun belum. Perut aku ni yang buncit.

Sejak peristiwa hari tu, aku dah tekad nak kempiskan perut aku yang orang sangkakan mengandung.Jadi, apa yang aku buat?

Aku buat senaman kardio!

Aku pilih kelas berenang.Kenapa aku pilih berenang? 

Aku ada la sikit-sikit skill berenang kampung, jadi tak la risau.Lagi pun join kelas berenang ni, ianya aktiviti di dalam air,jadi impak senamannya lebih rendah jika nak bandingkan dengan aktiviti kat atas tanah seperti berlari,berjogging dan berbasikal.Lagi pun badan macam aku ni macam mana nak belari oi! muntah kayak jadinya.



Perkara yang pertama yang aku belajar ialah teknik berenang.Aku diajar teknik asas berenang gaya bebas (freestyle) dengan cara yang betul.Menurut cikgu yang mengajar aku,freestyle adalah teknik yang memerlukan tenaga yang banyak.Sangat sesuai untuk turunkan berat badan dan kempiskan perut.Berenang gaya freestyle boleh membakar kalori banyak dan boleh menguatkan otot."Perut kau tunggu aku kasi kempis"Semangat siot!

Perkara yang paling best bila berenang,ianya memberi kesan pada kesemua otot tubuh,daripada bahagian kaki,tangan,dada dan perut.Semua anggota badan aku bergerak,tak payah nak fikir apa-apa lagi dah dan ianya lebih efektif untuk fat burning tau!

Bila dah pandai tu,aku tak jadikan berenang sebagai sesuatu aktiviti riadah macam lepak-lepak tepi kolam,membawang lebih dari berenang.Aku lakukan dengan cara bersungguh-sungguh dan betul.Kalau tak macam mana nak kempiskan perut ni.

Peruntukkan masa berenang untuk aku iaitu 3 kali seminggu ,itu wajib!Bagi masa aku 3 bulan untuk aku kempiskan perut ni,tiga bulan je.

Aku berharap impian aku ni tercapai dengan kesungguhan aku ni.Ya Allah! bantulah hamba mu ini.

Kalau korang duduk Shah Alam dan minat nak belajar berenang dapatkan info di link ini: http://nak.la/swiminfo

P/S :Jangan sibuk-sibuk nak bersenam tapi lupa nak jaga permakanan pulak!


Comments